Friday, February 26, 2010
Pengalaman Menaiki Pesawat Pejuang HAWK

Saya hendak berkongsi keterujaan saya menaiki pesawat pejuang HAWK di mana tidak pernah terlintas difikiran saya akan memberanikan diri pada hari tersebut. Di minda saya adalah untuk memberi motivasi pada diri sendiri akan keberanian bila saya berada diatas udara. Juga motivasi ini pada seluruh rakyat Malaysia bahawasanya tiada yang mustahil dengan semangat dan keberanian yang tinggi. Alhamdulillah pengalaman ini saya berkongsi bersama anak-anak dan cucu-cucu saya kelak untuk menempuh apa jua cabaran dalam hidup.
Sunday, February 21, 2010
Catatan 4
Salam.
Saturday, February 20, 2010
Catatan 3
Salam...
Hari yang penuh dengan agenda. Baru lepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN. PM benar2 fokus utk melihat BN tersohor semula dgn pendekatan baru utk menangani kesepakatan parti2 komponen dgn lebih berstruktur dan mantap.
Friday, February 19, 2010
Catatan 2
Salam.
Baru selesai solat Jumaat di Masjid Mindef. Tajuk khutbah mengenai Jenayah Siber. Isi kandungan mengenai teknologi komunikasi baru harus dimanfaatkan untuk kebaikan dan menggunakannya untuk memperkembangkan ilmu. Jauhkan dari membuat fitnah, memburukkan org lain, bagi mengelakkan mencari jalan ke neraka. Fitnah lebih berat dari membunuh.
Thursday, February 18, 2010
Catatan 1
Salam.
Salam Perkenalan.
Assalammualaikum w.b.t.
Saya merasa terpanggil untuk mewujudkan sebuah blog hasil penulisan saya sendiri yang merupakan journal harian atau catatan peribadi, untuk dikongsi bersama-sama saudara/i di luar sana. Dengan jadual harian yang agak padat, saya akan sedaya upaya saya menulis hanya sekadar
untuk dikongsi dan renungan kita bersama.
Sambutlah salam perkenalan saya di arena 'blogger'.
Sekian buat waktu ini...Wasalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)