Friday, February 26, 2010

Pengalaman Seumur Hidup




Posted by Picasa

Pengalaman yang seronok untuk dikongsi bersama




Posted by Picasa

Pengalaman Menaiki Pesawat Pejuang HAWK

Salam.

Saya hendak berkongsi keterujaan saya menaiki pesawat pejuang HAWK di mana tidak pernah terlintas difikiran saya akan memberanikan diri pada hari tersebut. Di minda saya adalah untuk memberi motivasi pada diri sendiri akan keberanian bila saya berada diatas udara. Juga motivasi ini pada seluruh rakyat Malaysia bahawasanya tiada yang mustahil dengan semangat dan keberanian yang tinggi. Alhamdulillah pengalaman ini saya berkongsi bersama anak-anak dan cucu-cucu saya kelak untuk menempuh apa jua cabaran dalam hidup.
Posted by Picasa

Sunday, February 21, 2010

Catatan 4

Salam.

Malam ini (20/02/2010) berkesempatan makan malam dengan peneraju utama PNB & ASN termasuk Tan Sri Desa Pachi & Dato' Salleh Majid. Saya pernah bertugas sbg Marketing Manager bersama2 kumpulan perintis Skim ASN. PNB dulu hanya bermodalkan RM200 juta. Kini mempunyai nilai aset melebihi RM50 billion dipunyai pemegang saham amanah kecil-kecilan Bumiputra. Sumbangan kecil kami kpd negara.

Saturday, February 20, 2010

Catatan 3

Salam...

Hari yang penuh dengan agenda. Baru lepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN. PM benar2 fokus utk melihat BN tersohor semula dgn pendekatan baru utk menangani kesepakatan parti2 komponen dgn lebih berstruktur dan mantap.



Friday, February 19, 2010

Catatan 2

Salam.

Baru selesai solat Jumaat di Masjid Mindef. Tajuk khutbah mengenai Jenayah Siber. Isi kandungan mengenai teknologi komunikasi baru harus dimanfaatkan untuk kebaikan dan menggunakannya untuk memperkembangkan ilmu. Jauhkan dari membuat fitnah, memburukkan org lain, bagi mengelakkan mencari jalan ke neraka. Fitnah lebih berat dari membunuh.




Thursday, February 18, 2010

Catatan 1

Salam.

Hari ini (18/02/2010), saya berpeluang mempengerusikan mesyuarat GBC (General Border Committee) bersama Menteri Pertahanan Indonesia Prof Dr Ir Purnomo Yusgiantoro. Antara keputusan yg dicapai termasuklah memperkukuhkan kolabrasi industri pertahanan antara kedua-dua negara dgn pertukaran pembelian aset ketenteraan dan perkhidmatan baik pulih pesawat tentera udara. Disamping itu akan diadakan latihan bersama Darsasa Malindo di Melaka pada minggu ke-3 bulan April. GBC diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan isu2 persempadanan darat dan batas laut. Pos2 kawalan sempadan bersama turut dianggotai oleh tentera kedua2 negara. Hubungan diplomasi ketenteraan turut diperkukuhkan dalam hubungan dua hala. Pihak Polis dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) juga turut dilibatkan untuk menjalin kerjasama antara kedua negara.

Salam Perkenalan.

Assalammualaikum w.b.t.

Saya merasa terpanggil untuk mewujudkan sebuah blog hasil penulisan saya sendiri yang merupakan journal harian atau catatan peribadi, untuk dikongsi bersama-sama saudara/i di luar sana. Dengan jadual harian yang agak padat, saya akan sedaya upaya saya menulis hanya sekadar
untuk dikongsi dan renungan kita bersama.

Sambutlah salam perkenalan saya di arena 'blogger'.

Sekian buat waktu ini...Wasalam.