Thursday, February 18, 2010

Catatan 1

Salam.

Hari ini (18/02/2010), saya berpeluang mempengerusikan mesyuarat GBC (General Border Committee) bersama Menteri Pertahanan Indonesia Prof Dr Ir Purnomo Yusgiantoro. Antara keputusan yg dicapai termasuklah memperkukuhkan kolabrasi industri pertahanan antara kedua-dua negara dgn pertukaran pembelian aset ketenteraan dan perkhidmatan baik pulih pesawat tentera udara. Disamping itu akan diadakan latihan bersama Darsasa Malindo di Melaka pada minggu ke-3 bulan April. GBC diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan isu2 persempadanan darat dan batas laut. Pos2 kawalan sempadan bersama turut dianggotai oleh tentera kedua2 negara. Hubungan diplomasi ketenteraan turut diperkukuhkan dalam hubungan dua hala. Pihak Polis dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) juga turut dilibatkan untuk menjalin kerjasama antara kedua negara.

3 comments:

  1. Salam n tahniah YB Dato' semoga nukilan serta pengalaman Dato' memeberi rangsangan kepada sahabat sahabat seperjuangan. Saya akan mengikuti perkembangan Dato' dari alam maya ini. Thanks.Wsllm.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan. Saya baru nak belajar2.. Salam pada sahabat-sahabat. Salam.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, tahniahlah dato, mbah sentiasa menyokong dato, teruskan perjuangan dato dalam membela nasib agama, bangsa dan tanahair tercinta

    ReplyDelete