Friday, March 5, 2010

Catatan 5

Para sahabat, maaf kerana lama tidak mengemas-kinikan perkembangan mutakhir. Selasa lalu saya mengadap Sultan Brunei. Baginda merupakan Menteri Pertahanan negara tersebut. Banyak persetujuan bersama telah dicapai termasuk kerjasama latihan ketenteraan dan mempertingkatkan kerjasama dalam industri pertahanan kedua-dua negara. Hari Rabu pagi saya menghadiri mesyuarat kabinet. Tadi, (5/3/2010) solat Jumaat di Masjid Maahad Hamidiah Kajang. Kandungan khutbah berkisar soal wakaf. Ganjaran terhadap usaha mewakafkan harta dan wang ringgit. Wakaf merupakan amalan yg amat dituntut oleh Allah S.W.T kerana kesannya kepada ummah dan dapat mendekatkan diri kita kpd Allah S.W.T. Marilah kita mewakafkan harta kita... Kalau ada sedikit, kita buat secara berdikitan. Semoga Allah memberkatinya, walaupun kecil tetapi dilakukan dgn ikhlas..

9 comments:

  1. Alhamdulillah Dato' Seri, sesibuk mana pun Dato' Seri, masih ingat pada sahabat2 blogger.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum,
    semoga segala amalan kita selama ini diterima dan diredhai Allah SWT.
    Semoga terus bersemangat berjuang..

    ReplyDelete
  3. Dato' Seri, nanti tengok temubual Star bersama Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam Youtube eh. hehehaaaa

    ReplyDelete
  4. SALAM 1MALAYSIA BUAT DATO SERI,

    Saya mewakili Crew2 Unit Media Wangsa Maju mengucapkan syabas kerana menghasilkan blog yang begitu mantap dan berkesan.

    Dengan cara ini juga, kami dapat mendekati DATO SERI.

    Sila layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas sebagai peransang untuk kami bekerja keras menyampaikan maklumat dan kebenaran kepada rakyat Malaysia.


    Sekian, Salam Ikhlas dari,

    AMAT
    Crew Unit Media Wangsa Maju.

    ReplyDelete
  5. SALAM PERJUANGAN DATO' SERI,

    Saya wakil Crew Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan TAHNIAH kepada Dato Seri atas pengendalian blog yang begitu baik sekali.

    Pendekatan Dato' Seri melalui blog sewajarnya dijadikan contoh kepada Pemimpin2 UMNO yang lain.

    Kami menjemput Dato Seri melayari BLOG KAMI di www.umnogombakselatan.blogspot.com dan berikan komen2 yang dapat memberi semangat untuk kami bekerja keras dalam menyampaikan maklumat dan perjuangan UMNO serta menjawab segala dakyah2 kotor pembangkang.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, EN. ABD. RAZAK MUHAMAD menyampaikan Salam Kasih dan Persahabatan khas buat Dato Seri.

    SEKIAN,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Crew
    Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan

    ReplyDelete
  6. Salam Dato Seri,

    Pas semangkin liberal,ketayap hijau dibenarkan non -muslinm pakai

    ReplyDelete
  7. sudah lebih setahun tidak di "update"

    ReplyDelete
  8. Tahniah Dato' Seri... Kami akan sentiasa di belakang Dato'Seri ... Moga sukses dan maju jaya...
    Mohd Nordin
    Z Trading & Eng Sdn Bhd

    ReplyDelete