Friday, March 5, 2010

Catatan 5

Para sahabat, maaf kerana lama tidak mengemas-kinikan perkembangan mutakhir. Selasa lalu saya mengadap Sultan Brunei. Baginda merupakan Menteri Pertahanan negara tersebut. Banyak persetujuan bersama telah dicapai termasuk kerjasama latihan ketenteraan dan mempertingkatkan kerjasama dalam industri pertahanan kedua-dua negara. Hari Rabu pagi saya menghadiri mesyuarat kabinet. Tadi, (5/3/2010) solat Jumaat di Masjid Maahad Hamidiah Kajang. Kandungan khutbah berkisar soal wakaf. Ganjaran terhadap usaha mewakafkan harta dan wang ringgit. Wakaf merupakan amalan yg amat dituntut oleh Allah S.W.T kerana kesannya kepada ummah dan dapat mendekatkan diri kita kpd Allah S.W.T. Marilah kita mewakafkan harta kita... Kalau ada sedikit, kita buat secara berdikitan. Semoga Allah memberkatinya, walaupun kecil tetapi dilakukan dgn ikhlas..